Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ajak Muslimah belajar dalam talian

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah dengan kerjasama tenaga pembimbing kelas Muslimah di masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara buat julung kalinya telah mengadakan acara membaca surah-surah pilihan, Ratib Al-Attas dan zikir-zikir pilihan serta doa.

    Acara tersebut julung kalinya diadakan secara maya dari kediaman masing-masing dengan dibimbing oleh tenaga pembimbing kelas Muslimah mereka bermula 14 Ogos lalu hingga sekarang mengikut jadual yang telah ditetapkan.

    Antara tujuan acara berkenaan adalah untuk mengajak Muslimah belajar melalui dalam talian secara berjadual seterusnya menyokong pihak kerajaan dalam membendung penularan wabak COVID-19 dengan cara mengajak para Muslimah membaca surah-surah pilihan, Ratib al-Attas, zikir-zikir pilihan dan doa.

    Di samping itu, ia diharap dapat memperoleh kemudahan dalam segala urusan dunia dan akhirat. Acara berkenaan juga bertujuan untuk mendapat rahmat dari Allah SWT dan dikurniakan kesejahteraan buat negara khususnya dalam membendung penularan wabak COVID-19.

    Semoga dengan adanya acara seumpama ini dapat mendekatkan diri khususnya para Muslimah kepada Allah SWT dengan membaca surah-surah pilihan, Ratib Al-Attas, zikir-zikir pilihan dan doa dalam memohon agar pandemik COVID-19 dapat dibendung.

    Acara membaca surah-surah pilihan, Ratib Al-Attas dan zikir-zikir pilihan serta doa yang diadakan secara dalam talian.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda