Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ajak, Shahrol Shiro kembali atas pentas bersama lepas 7 tahun

    Tujuh tahun tidak muncul bersama, kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol kembali mengubati kerinduan peminat menerusi pementasan Temasya Komedi Rakyat.

    Ajak atau Mohd Hanafi Razak, 39, berkata keserasian itu masih lagi utuh meskipun mereka pernah berdepan sengketa sebelum ini.

    Jelas Ajak, selepas berbaik pada Ogos tahun lalu, mereka lebih kerap meluangkan masa bersama sekali gus mengeratkan kembali hubungan yang renggang.

    “Umum tahu kami ada masalah sebelum ini, saya anggap biasa dalam persahabatan. Selepas kami bermaafan, Alhamdulillah, setiap kali pulang ke kampung kami akan jumpa.

    “Bila kami bersembang sampai pagi baru habis. Jadi saya rasa keserasian itu tiada masalah. Kami tengok mata saja sudah tahu apa nak dibualkan,” katanya kepada mStar.

    Ajak berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Temasya Komedi Rakyat yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin.

    Menurut Ajak, kemunculan kembali kumpulan Shiro sememangnya sudah lama dinanti peminat mereka.

    Katanya, ia juga didorong pemintaan peminat yang sering bertanya dan merindui aksi mereka berdua di atas pentas.

    “Saya faham disebabkan masa dan kehadiran pelawak baharu peminat kami mungkin berkurangan tapi Insya-Allah masih ada orang-orang yang minat kami.

    “Saya pun tak sabar nak tengok sendiri sama ada kami masih relevan atau tidak. Tapi sekiranya di media sosial ramai saja yang menantikan kemunculan kami. Ramai yang rindu sketsa komedi kami,” jelasnya.

    Temasya Komedi Rakyat yang menghimpunkan pelawak hebat ini akan menjelajah ke empat lokasi seperti Pahang, Perak, Johor dan Singapura bermula Mei hingga Julai depan. – Agensi

    Shahrol (kanan) dan Ajak teruja mahu bertemu peminat. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda