LONDON, 1 Mei – Ajax menghampiri final Liga Juara-Juara pertama dalam tempoh 23 tahun selepas gol awal Donny van de Beek menewaskan Tottenham Hotspur 1-0 dalam perlawanan pertama semi final mereka, pagi tadi.
Jaringan pembuka Van de Beek pada minit ke-15 menjadi ganjaran kepada dominasi babak pertama pasukan Belanda itu ketika Tottenham benar-benar memerlukan kehadiran Harry Kane yang cedera dan Son Heung-min yang masih digantung.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)