Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ajax lantik ‘putera mahkota’

    THE HAGUE, 29 Dis – Erik ten Hag, yang diberi jolokan `putera mahkota’ bola sepak Belanda, dilantik sebagai pengendali baharu Ajax Amsterdam semalam, susulan pemecatan Marcel Keizer, umum kelab ikon itu.

    “Ajax dan Utrecht (kelab Ten Hag sekarang) sudah mencapai persetujuan berkenaan perpindahan Erik ten Hag ke Ajax,” kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

    “Ten Hag akan menandatangani kontrak untuk dua setengah tahun dan akan bermula pada 1 Januari.”

    Ten Hag, 47, mengendali Utrecht sejak Mei 2015, dilihat sebagai `Putera Mahkota’ dalam kalangan pengendali bola sepak Belanda”, kata akhbar harian popular De Telegraaf ketika mendedahkan perkara itu minggu lalu.

    Erik Ten Hag ketika menghadiri sesi latihan di Utrecht pada 22 Disember 2017. Semalam Erik Ten Hag telah dilantik menjadi jurulatih baru Ajax susulan pemecatan Marcel Keizer. – AFP

    Keizer hanya memulakan tugasnya di Ajaz Jun lalu selepas perpindahan Peter Bosz ke Borussia Dortmund. Dia hanya sempat bertugas selama 174 hari dan mencatat deretan kekalahan mengejutkan bagi kelab gergasi Belanda itu.

    Ajax bukan saja tidak layak melepasi pusingan awal Liga Juara-Juara mahupun Liga Europa, tetapi turut tersingkir daripada Piala Belanda minggu lalu – tewas menerusi penentuan penalti kepada FC Twente selepas seri 1-1.

    Ajax kini di tangga kedua Liga Belanda, lima mata di belakang PSV Eindhoven. Penolong jurulatih Dennis Bergkamp turut dipecat.

    Ten Hag bermain sebagai perancang Ajax dari tahun 1989 hingga 2002, dan dinobatkan jurulatih terbaik pada tahun 2016. Dia juga pernah menjadi penolong jurulatih di Bayern Munich. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda