Ajax menang 2-0

LILLE, PERANCIS, 28 NOV – Dua momen cemerlang diperlukan Ajax untuk menang dengan keputusan 2-0 di Lille dan menguasai kumpulan Liga Juara-Juara, kelmarin.

Pasukan Perancis membazirkan dua peluang besar, manakala pasukan Ajax memaparkan kecekapan klinikal. Hakim Ziyech menjaringkan gol pembukaan di penghujung gerakan pasukan yang menarik, kemudian menghantar assist untuk Quincy Promes menambahkan senarai penjaring dengan sentuhan halus.

Berada di kedudukan pertama Ajax dengan kelebihan dua mata meninggalkan Valencia dan Chelsea, yang seri 2-2 dalam perlawanan lain Kumpulan H.

Sebagai pasukan yang layak ke separuh akhir musim lepas, Ajax memimpin perlawanan hanya dua minit selepas permainan dimulakan di Stadium Pierre Mauroy.

Pelawat mempercepatkan rentak permainan secara tiba-tiba, untuk mencorak hantaran permainan yang lebih licik apabila Zakaria Labyad melihat Dusan Tadic di sudut kawasan.

Dengan kembali ke gawang, penyerang Ajax menghantar bola ke tepi padang untuk Ziyech, yang meledak gol dengan tendangan kaki kiri menewaskan Mike Maigan.

Lille kembali bangkit daripada ketinggalan dengan memaparkan aksi menyerang pada separuh masa pertama dengan dicemari banyak faul dan layangan tiga kad kuning.

Tuan rumah Perancis berada dalam kedudukan bahaya semasa serangan dilakukan dan berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-30 tetapi Jonathan Bamba

mensia-siakan peluang keemasan tersebut dengan tendangannya tersasar di atas palang apabila dia bersedia membuat tendangan berhampiran dengan kotak penalti. – AP

Pemain Ajax, Nicolas Tagliafico (kiri) dan pemain Lille, Yusuf Yazici bersaing merebut bola ketika perlawanan Kumpulan H Liga Juara-Juara antara dua pasukan itu di Stadium Stade Pierre Mauroy – Villeneuve d’Ascq di Lille Perancis. – AP