Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    AJK, jemaah MKBM adakan lawatan muhibah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Seramai 47 orang terdiri daripada ahli jawatankuasa (AJK) takmir dan jemaah Masjid Kampung Batu Marang (MKBM) telah menyertai lawatan muhibah ke Masjid Lama Kampung Awat-Awat, Sundar Lawas.

    Rombongan yang diketuai oleh Setiausaha Takmir, Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi itu disambut oleh Ketua Kampung Awat-Awat dan Pengerusi Masjid Lama Kampung Awat-Awat, Awang Zulkiffli bin Julahi.

    Acara berkenaan telah diserikan dengan persembahan kompang dan Dikir Marhaban oleh ahli-ahli Masjid Kampung Awat-Awat.

    Antara lain tujuan lawatan itu adalah untuk menyatukan ahli rombongan dengan ahli Masjid Lama Kampung Awat-Awat sekali gus mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin.

    ATAS & BAWAH: Ahli AJK dan jemaah MKBM semasa mengadakan lawatan muhibah ke masjid berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda