Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    AJK Masjid Kg Sungai Besar anjur majlis khatam

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Selepas melengkapkan bacaan 30 juzuk Al-Quran, jemaah tadarus subuh dan Ahli Jawatankuasa Takmir (AJK) Masjid Kampung Sungai Besar, hari ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di masjid berkenaan.

    Hadir di majlis itu ialah Ketua Kampung Sungai Besar, Kampung Serdang dan Sungai Belukut, Leftenan Kolonel (B) Haji Awang Zaini bin Haji Awang Damit.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan disusuli dengan bacaan surah-surah lazim bermula dari Surah Ad-Duha sehingga An-Nas yang dipimpin oleh Awang Rahim bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Tamin.

    Manakala Imam Masjid Kampung Sungai Besar, Awang Muhammad Hazman Haji Mohd Hairol Azme membaca doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan ditutup dengan Doa Selamat.

    Majlis Khatam Al-Quran ke-10 bagi tahun ini dikendalikan sebagai usaha yang berterusan para pembaca untuk menetapkan sasaran sebulan sekali khatam sepanjang tahun ini.

    Para jemaah tadarus subuh dan AJK Masjid Kampung Sungai Besar bergambar ramai pada Majlis Khatam Al-Quran, kelmarin. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...