Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    AJK MPK, biro MPK adakan mesyuarat menjelang Ramadan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Mesyuarat Pertama Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung (AJK MPK) dan Biro-biro MPK Berserumpun Kawasan 4 Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor Mengkubau telah diadakan baru-baru ini.
     
    Mesyuarat diadakan di kediaman pemangku ketua kampung tersebut selaku pengerusi mesyuarat berkenaan.
     
    Antara pengisian mesyuarat adalah meneliti etika kerja dan tanggungjawab ahli jawatankuasa MPK selain membincangkan bagi mengadakan Majlis Tahlil Berserumpun dan Penyampaian Derma Anak-anak Yatim Kawasan 4 sekali gus diselajurkan dengan Majlis Bersungkai sempena Sambutan Berpuasa di Bulan Ramadan Al-Mubarak yang bakal menjelang.
     
    Mesyuarat pertama berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama AJK MPK dan biro MPK, dan dengan tema 3B iaitu Berserumpun, Bersepakat membawa Berkat.
     
    Mesyuarat pertama AJK MPK dan biro-biro MPK Berserumpun Kawasan 4. – GAMBAR SERAHAN MPK KAWASAN 4
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda