Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    AJK MPK RPN Panchor Mengkubau dibubarkan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Ahli-ahli Jawatankuasa Kuasa (AJK) Majlis Perundingan Kampung (MPK) Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor Mengkubau Sesi 2016 – 2021 telah dibubarkan dalam mesyuarat khas yang diadakan di Jabatan Daerah Brunei dan Muara pada 7 Ogos lalu.

    Pembubaran tersebut disebabkan masalah dalaman serta kekeliruan mengenai penyelarasan MPK 2019 – 2023. Sejak ditubuhkan pada 2016, MPK RPN Panchor Mengkubau telah bergiat aktif dalam mengungkayahkan pelbagai aktiviti dan projek amal, keagamaan dan sukan.

    Sementara itu, bekas Setiausaha MPK, Awang Bolhassan Haji Abu Bakar bagi mewakili AJK MPK dan Biro, berharap dengan AJK dan Biro MPK RPN Panchor Mengkubau yang baharu nanti akan dapat meneruskan perjuangan yang terhenti dalam memajukan RPN Panchor Mengkubau.

    Bekas AJK MPK RPN Panchor Mengkubau yang telah menamatkan keahlian mereka dalam MPK RPN Panchor Mengkubau.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda