Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    AJK Takmir, Muslimah MKSB rebut manfaat surah Al Kahfi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Ahli Jawatankuasa Takmir dan Muslimah Masjid Kampung Sungai Besar merebut manfaatkan ibadah membaca surah Al Kahfi beramai-ramai selepas menunaikan sembahyang fardhu subuh berjemaah di masjid berkenaan pagi tadi.

    Penghulu Mukim Kota Batu, Awang Rasli bin Taram dan Ketua Kampung Sungai Besar, Kampung Serdang dan Kampung Sungai Belukut, Leftenan Kolonel (B) Awang Haji Zaini bin Haji Damit yang selaku Penasihat I, Ahli Jawatankuasa Takmir (AJK) Masjid Kampong Sungai Besar telah hadir dan menyertai Membaca Surah Al Khafi berkenaan.

    Turut hadir ialah Penasihat II AJK Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Mohidin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan para jemaah masjid.

    Suasana sekitar membaca surah Al Khafi yang disertai oleh AJK Takmir dan Muslimah Masjid Kampung Sungai Besar.

    “Penyertaan para jemaah begitu menggalakkan untuk merebut ganjaran pahala membaca surah Al Kahfi. Selain itu, aktiviti ini merupakan salah satu inisiatif AJK Takmir untuk memakmurkan masjid,” jelas Penasihat I, AJK Masjid Kampong Sungai Besar, Haji Mohidin.

    Beliau berasa yakin AJK Takmir akan terus mengambil inisiatif dan merancang dalam mempelbagaikan ibadah yang menjurus untuk  menarik lebih ramai jemaah hadir ke masjid.

    Bacaan Surah Al Kahfi telah dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Sungai Besar, Pengiran Hassan Basri bin Pengiran Haji Ismail seterusnya membacakan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, dan seterusnya membaca fadilat-fadilat membaca Surah Al Kahfi.

    Suasana semasa membaca surah Al Kahfi yang disertai oleh AJK Takmir dan Muslimah Masjid Kampung Sungai Besar.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda