Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – Sempena penggunaan Masjid As-Salaam, Kampung Junjongan, Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid As-Salaam, Kampung Junjongan dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung Junjongan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Tahlil Arwah Sekampung serta penyampaian surat lantikan AJK takmir masjid bagi sesi 2025-2027 di masjid berkenaan.
Hadir oleh tetamu kehormat pada majlis itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, bacaan Surah
Yasin, Tahlil dan Doa Arwah serta Doa Kesyukuran.
Acara diteruskan dengan ucapan pengerusi bersama oleh Ketua Kampung Junjongan, Awang Haji Tamam @ Haji Ahmad Shah Tamami bin Haji Timbang, diikuti penyampaian surat lantikan AJK takmir masjid bagi sesi 2025-2027.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/P2-A_10022025.jpg)