Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    AJK tertinggi baharu PGGMB dilantik

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) telah melantik lima orang ahli jawatankuasa tertinggi baharu bagi sesi perkhidmatan 2022 hingga 2025, setelah memenangi undian dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi PGGMB pada 15 Mei lalu.

    Keputusan pemilihan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi diumumkan selepas Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Agung Perwakilan PGGMB ke-72, 2021/2022 yang berlangsung di Dewan Sekolah PGGMB Sungai Akar, kelmarin.

    Dalam majlis berkenaan, Haji Awang Alim bin Haji Awang Othman memenangi undian terbanyak bagi jawatan yang di-pertua PGGMB, Haji Badar bin Haji Ali dan Haji Jamal bin Haji Kahar, masing-masing mempertahankan jawatan mereka sebagai timbalan yang dipertua dan pengerusi tetap.

    Sementara itu, Haji Mustapa bin Haji Masri dilantik sebagai setiausaha agung baharu dan Haji Juned bin Ramli memegang jawatan setiausaha kewangan. Mereka dilantik untuk tempoh perkhidmatan selama tiga tahun bermula 2022 hingga 2025.

    Haji Awang Alim, Haji Badar, Haji Jamal, Haji Mustapa dan Haji Juned antara ahli-ahli jawatankuasa tertinggi baharu yang dilantik bagi sesi perkhidmatan 2022 hingga 2025. – Gambar serahan PGGMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda