Monday, December 2, 2024
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    AJKT Masjid Pulaie terima surat lantikan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Majlis penyampaian surat lantikan bagi ahli Jawatankuasa Takmir (AJKT) Masjid 2022 hingga 2024 bagi Masjid Kampung Pulaie telah diadakan baru-baru ini di masjid berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Agama (KHEU), Haji Rosli bin Haji Ibrahim.

    Di majlis itu, Pegawai Masjid Kampung Pulaie, Awang Mohammad Zakaria bin Haji Mohd Salleh dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan, lantikan jemaah masjid selaku AJKT masjid berkenaan diharap menjadi wadah ke arah mengimarahkan dan memakmurkan masjid dengan merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan.

    “Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah Majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian derma anak-anak yatim yang akan berlangsung pada bulan Ramadan ini,” tambahnya.

    Penyampaian surat lantikan disempurnakan oleh tetamu kehormat dan turut hadir sama ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Hamid selaku Penaung AJKT.

    Tetamu kehormat majlis bergambar ramai bersama AJKT masjid berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda