Monday, December 23, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akad nikah: Hanya lapan orang dibenar hadir di Sarawak

    KUCHING, 30 JUN – Hanya lapan orang termasuk jurunikah dan saksi dibenar hadir pada majlis akad nikah di Sarawak, sepanjang tempoh Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

    Majlis Islam Sarawak (MIS) memaklumkan, jumlah kehadiran itu juga tertakluk kepada kapasiti ruang yang digunakan.

    Menurutnya, akad nikah pasangan yang mendapat kebenaran berkahwin juga hanya boleh dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Bahagian atau Daerah dan premis MIS.

    Mereka yang hadir juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19, seperti mengimbas suhu badan, memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan fizikal.

    “Tempoh masa akad nikah juga tidak melebihi 20 minit termasuk bacaan lafaz taklik. Majlis adat seperti pertukaran barang hantaran, menyarung cincin atau seumpamanya adalah tidak dibenarkan.

    “Kenduri bagi meraikan akad nikah juga tidak dibenarkan,” menurut MIS dalam satu kenyataan hari ini.– Bernama

    Gambar bertarikh 13 Mac 2021 menunjukkan parapembantang memegang telefon bimbit mereka pada perkabungan bagi memperingati mereka yang terkorban semasa demontrasi-demonstrasi menentang rampasan kuasa tentera di Yangon. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda