Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Akane kecewa tewas kepada Bilqis Prasista

    BANGKOK, 12 MEI – Ia adalah hari penuh kekecewaan di Piala Thomas dan Uber Thailand kelmarin bagi pemain badminton nombor satu dunia Akane Yamaguchi kerana mengalami kekalahan mengejut di tangan pemain muda remaja.

    Pemain Indonesia, Bilqis Prasista, 18, menewaskan juara dunia Jepun, Yamaguchi 21-19, 21-19 dalam masa 35 minit di Impact Arena, Bangkok.

    Tetapi Jepun bangkit untuk menewaskan Indonesia 4-1 dan menduduki tempat teratas Kumpulan A. Kedua-dua pasukan telah layak ke suku akhir Piala Uber wanita.

    “Ia sukar dipercayai. Saya tidak sangka saya akan menewaskan pemain nombor satu dunia itu tetapi saya mempunyai keyakinan diri yang cukup bahawa usaha keras saya mungkin akan berhasil,” kata Prasista, yang menduduki ranking ke-333 dunia.

    Yamaguchi yang kecewa berkata angin di arena menyukarkan beliau untuk mengawal bulu tangkis.

    “Saya sendiri bertanggungjawab atas kekalahan ini. Saya tidak mengawal perlawanan dengan cukup baik,” kata pemain berusia 24 tahun itu kepada pemberita. – AFP

    Aksi Akane Yamaguchi membalas pukulan semasa perlawanan kelayakan perseorangan wanita di Piala Thomas & Uber kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...