Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mei – Pasukan AKARIVA A muncul juara dalam Kejohanan Futsal antara Seksyen Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB) yang berlanggsung di Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD) sempena Sambutan Jubli Intan Radio Brunei 2017 di sini.
Juara bagi kejohanan anjuran Jabatan Perkhidmatan Radio yang julung-julung kali diadakan ini menumpaskan Pasukan NECAS FT dengan jaringan 1 – 0.
Terlebih dahulu dalam kumpulan A, menyaksikan penguasaan Pasukan AKARIVA A yang menewaskan Pasukan OB A dengan jaringan 2 – 1, manakala Pasukan Transmitter tidak memberikan laluan mudah bagi Pasukan NECAS FT apabila memaksa perlawanan ditentukan menerusi penentuansepakan penalti, 0(3) – 0(5).
Menyaksikan perlawanan akhir dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pasukan pemenang ialah Pengarah RTB, Haji Muhammad Suffian Haji Bungsu.
