Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akaun digodam

    Salah seorang ahli kumpulan T-ara iaitu Hyomin menjadi mangsa terbaharu pihak tidak bertanggungjawab apabila laman sosial Twitter peribadi miliknya digodam baru-baru ini.

    Menurut laporan laman Koreaboo, media sosial menjadi kecoh selepas peminat yang mengikut Twitter penyanyi itu mula menyedari gambar-gambar yang dimuat naik sangat pelik daripada biasa oleh penyanyi itu.

    “Ianya kelihatan seperti scam! Hyomin tak pernah berkongsi perkara begini di Twitter.

    Terdapat juga peminat mengetahui bahawa Twitter T-ara telah digodam.

    “Pelik… biasanya dia hanya akan menciap berita dari sumber-sumber rasmi sahaja,” tulis netizen.

    Penyanyi itu sebelum ini dilihat hanya akan memuat naik Tweet berkongsi mengenai perkembangan diri dan karier dirinya sahaja.

    Bagaimanapun, peminatnya dikejutkan dengan beberapa poster iklan menjual pakaian yang membanjiri laman rasmi Hyomin setiap dua jam.

    Sehingga kini, akaun yang memiliki lebih 300,000 pengikut itu masih belum pulih. – Agensi

    Akaun laman Twitter Hyomin telah digodam berikutan beberapa poster jualan pakaian dimuat naik dalam akaun Twitternya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda