Kemunculan bekas anggota EXO Luhan menerusi siaran langsung di Weibo mencetuskan kontroversi apabila dia dipercayai dalam keadaan mabuk.
Apa lebih membuatkan peminat kecewa, menerusi siaran langsung itu Luhan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap peminat dan menunjukkan isyarat lucah sebanyak beberapa kali sepanjang siaran langsung tersebut.
Akibat tindakan biadabnya itu, akaun media sosial Luhan disekat dan tidak dapat diakses oleh penyanyi asal China itu.
Sedar akan kesilapan dilakukan, Luhan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada peminat di akaun Weibo Luhan Studio.
Luhan berjanji akan menebus kesilapan dan menjaga tingkah laku sebagai seorang selebriti selepas ini.
“Saya sudah menunjukkan contoh tidak baik kepada peminat. Saya mohon maaf dengan seikhlas hati.
“Saya akan bekerja keras demi menghapuskan persepsi dan kesan negatif disebabkan tindakan dangkal tanpa berfikir panjang,’ ujarnya. – Agensi