Wednesday, March 26, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akaun Simpanan Persaraan Perbadanan TAIB terima anugerah

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Akaun Simpanan Persaraan, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) baru-baru ini telah menerima anugerah sebagai Produk Deposit lslam Terbaik di Asia Pasifik 2025 daripada TAB Global pada Majlis Penganugerahan dan Gala Makan Malam Kecemerlangan Global dalam Perkhidmatan Kewangan Runcit 2025 yang berlangsung di Tokyo, Jepun kelmarin.

    Anugerah berkenaan telah diterima oleh Pengarah Urusan, selaku wakil Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim.

    Dalam ucapan, Datin Hajah Hasnah menegaskan komitmen organisasi terhadap pemerkasaan kewangan dengan berkata, “Memenangi anugerah Produk Deposit Islamik Terbaik di Asia Pasifik adalah satu pencapaian penting yang mendo-rong kami untuk terus meningkatkan produk dan perkhidmatan kami bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berkembang.

    “Di Perbadanan TAIB, kami memegang kepercayaan kukuh dalam penciptaan kaedah atau produk kewangan yang bermakna, yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan keselamatan kewangan untuk semua,” tambahnya.

    Akaun tersebut telah dilancarkan pada tahun 2022 dan dipertingkatkan lagi pada Disember 2023, Akaun Simpanan Persaraan direka bagi memenuhi keperluan simpanan persaraan yang berkurangan di Brunei, dengan menyediakan pilihan simpanan yang berstruktur dan selamat.

    Datin Hajah Hasnah menerima anugerah pada majlis yang berlangsung di Tokyo, Jepun. – GAMBAR SERAHAN PERBADANAN TAIB

    Produk itu menawarkan penyelesaian yang fleksibel, selamat dan mudah diakses, memenuhi keperluan pekerja tempatan serta ekspatriat yang mungkin tidak mempunyai akses kepada skim persaraan negara.

    Dengan membolehkan individu menyimpan secara konsisten sambil menikmati pulangan yang kompetitif, produk itu membantu menggalakkan budaya kesedaran kewangan dan kestabilan jangka panjang dalam tempoh persaraan mereka.

    Sejak peningkatan ciri-ciri produknya, Akaun Simpanan Persaraan telah mencatatkan peningkatan dalam jumlah pelanggan, dengan pertumbuhan portfolio melebihi 200 peratus sepanjang tahun 2024.

    Akaun Simpanan Persaraan membolehkan pelanggan menyesuaikan pelan simpanan mereka mengikut keperluan kewangan masing-masing. Produk ini menawarkan simpanan secara sukarela tanpa komitmen tetap, dan membolehkan individu menyimpan mengikut kemampuan mereka sendiri. Pelanggan akan menerima hibah yang diisytiharkan secara bulanan, dan hibah khas tahunan bagi mereka yang mengekalkan jumlah simpanan mereka.

    Pada tahun 2023 dan 2024, pelanggan telah menerima jumlah keseluruhan pulangan hibah tahunan sebanyak 2.5 peratus, sejajar dengan kadar simpanan Tabung Amanah Pekerja (TAP). Produk ini juga terbuka kepada warga ekspatriat, yang sering menghadapi akses terhad kepada skim persaraan, memastikan mereka juga berpeluang untuk merancang kewangan masa depan yang lebih stabil.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda