MADRID, 2 Julai – Media Sepanyol membidas Julen Lopetegui, bekas jurulatih kebangsaan yang dipecat sebelum Piala Dunia bermula selepas Sepanyol tersingkir daripada Piala Dunia kelmarin.
Juara edisi 2010 itu tersingkir oleh pasukan tuan rumah, Rusia menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan yang menyaksikan Sepanyol dominan tetapi gagal untuk menggunakan peluang menguasai perlawanan.
“Tewas di peringkat 16 merupakan detik hitam dalam sejarah kami,” kata akhbar sukan Marca.
“Perlawanan itu sangat teruk. (Sepanyol) beraksi dengan teruk dan tidak mahu berfikir di luar kotak apabila penentuan sepakan penalti bermula dan menunjukkan sebuah pasukan yang tidak mempunyai keinginan untuk bersaing,” kata akhbar tersebut. – AFP