Anak sulung kepada penceramah bebas Akhil Hayy iaitu Siti Nur Maisarah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Zulhilmi.
Khabar gembira itu dikongsikan rakan selebriti iaitu Mawi menerusi hantaran di Instagram miliknya kelmarin.
“Tahniah! Selamat disatukan Maisarah dan Zulhilmi. “Alhamdulillah tahniah juga buat sahabatku Ustaz Akhil Hayy terima menantu,” tulis Mawi ringkas.
Namun Mawi tidak berkongsi lanjut mengenai majlis pernikahan tersebut yang dipercayai berlangsung di sebuah masjid.
Menerusi hantaran itu, Maisarah dilihat berseri mengenakan busana berona putih sedondon dengan suaminya.
Pasangan itu juga sempat mengabadikan momen indah bersama Mawi dan juga bapanya, Akhil.
Untuk rekod, Akhil mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Waheeda pada 2009.
Sebelum itu, Akhil pernah berkahwin dengan Maizawati dan dikurniakan empat orang cahaya mata bersama namun bercerai pada 15 Julai 2009.
Selepas bercerai, Akhil menjaga dua orang anaknya iaitu Siti Nur Maisarah dan Mohd Syarif Idayatullah. Manakala dua lagi iaitu Mohd Shakir Idayatullah dan Mohd Syathiri Idayatullah di bawah jagaan Maizawati. – Agensi
