Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akhirat sebagai matlamat

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Dalam Islam, kecemerlangan dilihat daripada dua sudut iaitu kecemerlangan dunia dan kecemerlangan akhirat. Untuk mencapai tujuan tersebut, akhirat perlu dijadikan matlamat dan dunia sebagai alat.

    “Cemerlang di dunia tanda cemerlangnya kita di akhirat. Untuk cemerlang, seseorang perlu menjadikan dirinya sebagai mukmin profesional.”

    Perkara ini antara yang ditekankan oleh Penolong Kaunselor Penjara, Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Fariszal bin Ali yang juga Daie bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei ketika menyampaikan tazkirah subuh bertajuk ‘Kecemerlangan Diri’ semasa Program Masjidku Makmur Negara Berkat minggu ini, di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Abdul Mokti antara yang hadir pada program berkenaan.
    Awang Fariszal ketika menyampaikan tazkirah subuh bertajuk ‘Kecemerlangan Diri’.

    Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam) di JPM, Haji Roslan bin Haji Taja’ah; dan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) di KHEDN, Awang Salminan bin Haji Burut.

    Program yang dikendalikan bersama KHEU dan JPM dengan kerjasama KHEDN itu merupakan program mingguan dan ajakkan bagi mengalu-alukan jemaah meningkatkan kehadiran bagi memakmurkan masjid dan seterusnya bersama-sama secara istiqamah (berterusan) mendirikan sembahyang fardu Subuh secara berjemaah pada awal waktu di masjid.

    Makmurnya masjid-masjid di negara ini adalah antara landasan bagi menggandakan amal kebajikan dan meraih keberkatan dari Allah SWT bagi diri, keluarga dan juga negara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda