Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 29 DIS – Ahli-ahli Persatuan Foochow Daerah Belait mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2023 dalam majlis makan malam penghargaan yang diadakan sempena ulang tahun ke-68 persatuan berkenaan.
Diadakan di bangunan utama persatuan itu, malam tadi, majlis dihadiri oleh ketua-ketua jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam sambutan ulang tahun ke-68 yang diadakan awal bulan ini dan ahli-ahli persatuan berkenaan.
Selaku pengerusi sambutan ulang tahun berkenaan, Tieng Boon Yeo melahirkan rasa terima kasih atas usaha gigih ahli-ahli mereka yang menjayakan sambutan itu.
Pengerusi persatuan, Tan Tei Tei turut menyatakan bagaimana kerja teliti yang dibuat oleh jawatankuasa dan ahli-ahli semasa sambutan itu membawa kepada pengalaman yang selesa dan menyeronokkan kepada para hadirin.
“Selain itu, sumbangan belia persatuan telah membantu menandakan satu lagi lembaran baharu persatuan dalam meneruskan visi dan misi persatuan yang telah ditetapkan sejak dahulu dan juga pengasasnya,” tambah beliau.
Bagi memeriahkan lagi majlis malam penghargaan tersebut, cabutan bertuah serta jamuan makan malam telah dihidangkan sepanjang malam untuk para hadirin.
