Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akhirnya Bell menyinar

    “Menang atau kalah, Bell sebenarnya sudah menang di hati kami sekeluarga dan peminatnya.”

    Demikian kata adik kepada pelakon Bell Ngasri iaitu Darling Ngasri mengulas mengenai pencalonan abangnya menerusi kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35. Darling atau nama sebenarnya, Naszreen Ngasri, 40, berkata fenomena Barkoba dicetuskan Bell menerusi telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa adalah hasil titik peluhnya dalam bidang lakonan.

    Bagaimanapun, katanya, hanya diperakui ramai ketika ini.

    “Sebenarnya, tiada cepat atau lambat dalam soal rezeki dan fenomena Barkoba dibawa Bell. Sudah ketetapan, ini adalah masa untuk dirinya menyinar.

    “Ini juga menandakan orang ramai nampak dan hargai segala apa yang dicurahkan Bell sejak sekian lama dalam industri seni,” katanya kepada BH Online.

    Watak Barkoba buat Bell menjadi sebutan dalam kalangan peminat. – mStar

    Darling yang juga penerbit dan pelakon turut menyifatkan, Bell banyak memberi inspirasi kepada orang ramai, malah menjadi antara pelakon yang cukup berdedikasi.

    “Apa sahaja yang dilakukan, dia pasti akan memberikan yang terbaik dan itulah Bell.

    Walaupun Bell tidak nampak, tetapi orang di sekelilingnya nampak semua perkara itu.

    “Jadi, mungkin inilah penghargaan orang ramai terhadapnya. Saya juga mengharapkan yang terbaik untuk Bell dalam ABPBH 35 kerana apa sahaja yang dilakukan, dia akan berikan yang terbaik,” katanya.

    Dalam pada itu, Darling mengakui, dia dan seluruh ahli keluarga terkejut saat mengetahui nama Bell membolosi kelompok Top 5 kategori Artis Komedi Popular, ABPBH 35.

    “Pada awalnya. kami memang terkejut selepas Bell ada menghantar mengenainya dalam kumpulan WhatsApp keluarga.

    “Saya dan ahli keluarga memang tidak sangka sebab ini kali pertama membolosi kelompok Top 5 bagi kategori berkenaan,” tambahnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda