Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akibat buang sampah merata, individu dikompaun $100

    Oleh Daniel Lim –

    TEMBURONG, 25 SEPT – Seorang individu telah dikenakan denda kompaun sebanyak $100 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) atas kesalahan membuang sampah di kawasan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS).

    Pihak jabatan telah mengenakan denda di bawah Bab 12(1) di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 dan individu berkenaan diberikan tempoh tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda tersebut.

    Jika gagal menjelaskan bayaran denda kompaun, individu berkenaan boleh didakwa ke mahkamah, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama dan kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    JASTRe ingin mengingatkan kepada mana-mana individu, orang awam atau mana-mana syarikat untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

    Seorang individu dilihat membuang sampah di kawasan Jambatan SHOAS. – GAMBAR SERAHAN JASTRE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda