Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akibat cubaan rampasan kuasa

    MANILA, 9 April 2008 – Sebuah mahkamah Filipina telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada dua pegawai rendah tentera atas penyertaan mereka dalam rampasan kuasa terhadap Presiden Gloria Arroyo pada 2003.

    Tujuh pegawai yang lain terlibat dalam rancangan itu telah dijatuhkan hukuman penjara sehingga 12 tahun, kata Mahkamah.

    Kapen tentera Gerardo Gambala dan Milo Maestrocampo salah seorang daripada ketua kumpulan itu hanya berdiam diri ketika hukuman diperdengarkan oleh Hakim Oscar Pimentel.

    Sembilan orang adalah di antara 31 pegawai yang merubah pengakuan mereka kepada bersalah minggu lalu setelah menafikan dakwaan itu.

    Adalah tidak jelas mengapa mereka merubah pengakuan mereka tetapi laporan akhbar menyatakan kemungkinan mereka telah melakukan perjanjian dengan kerajaan.

    Kumpulan itu mengetuai 300 askar dalam menyerang sebuah apartmen-hotel mewah di daerah Makati menggesa Arroyo dan para jeneral tertingginya meletak jawatan atas dakwaan rasuah.

    Pemberontakan itu digagalkan kurang 24 jam dan semua ketua kumpulan rampasan kuasa yang gagal ditangkap dan ditahan.

    Arroyo telah membebaskan kebanyakan pegawai yang disenaraikan dengan mengatakan mereka itu hanya dipengaruhi untuk menyertai pemberontakan.

    Kumpulan itu menggelar mereka sebagai Persaudaraan Magdalo, telah menarik simpati ramai warga tempatan.

    Salah seorang ketua kumpulan itu bekas tentera laut, Leutenan Antonio Trillanes, tahun lepas menang satu kerusi dalam Senat ketika berkempen dari penjara.

    Pada 2006, Arroyo menggalakkan satu rancangan kuasa penjarakan dua jeneral dan beberapa pegawai tentera senior yang menarik sokongan mereka terhadapnya atas dakwaan rasuah dan penipuan dalam undian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda