Wednesday, December 18, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akibat curang, isteri potong kemaluan suami ketika tidur

    NEW DELHI, 17 DIS – Seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya yang sedang tidur, dipercayai berpunca daripada ketegangan rumah tangga yang semakin teruk, di Pecherpara, daerah Murshidabad, Bengal Barat, pada malam Sabtu, sekali gus mengejutkan penduduk setempat di daerah berkenaan.

    Wanita berkenaan, yang pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua anak, memulakan kehidupan baharu bersama suaminya, Hasanur Sheikh.

    Bagaimanapun, konflik berpanjangan dalam perkahwinan mereka dipercayai semakin tegang akibat penglibatan Hasanur dengan wanita lain.

    Pada malam kejadian, ketika Hasanur sedang nyenyak tidur, si isteri menyerangnya dengan senjata tajam, menyebabkan kecederaan serius.

    Jeritan kesakitan Hasanur mengejutkan jiran tetangga, yang segera membantunya dan membawanya ke Hospital Domkal Super Speciality.

    Disebabkan kecederaan yang parah, mangsa kemudiannya dipindahkan ke Kolej Perubatan Murshidabad bagi rawatan lanjut.

    Balai Polis Domkal memaklumkan siasatan telah dimulakan berhubung insiden tersebut. Lebih mengejutkan, kejadian itu berlaku hanya seminggu selepas insiden serupa di Howrah, di mana seorang wanita menyerang bekas kekasihnya. – ANN/The Statesman

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda