Oleh Amisah Lani – Malam itu malam Jumaat. Menurut beberapa pandangan orang, malam Jumaat merupakan malam yang dinanti-nantikan oleh sesetengah orang yang berilmu untuk menunjukkan kehandalan mereka dalam ilmu-ilmu ghaib dan mistik. Teringat Maya akan cerita neneknya yang mengatakan pada setiap malam Jumaat, berkeliaran ‘binatang-binatang belaan’ manusia mencari mangsanya atau membalas dendam untuk tuannya. Pada

