Sunday, October 6, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akibat gagal kemukakan pasport

    Oleh Rafidah Jumat

     

    pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda $3,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan imigresen.

    Mohammad Adi Affizi bin Abdul Latif, 21, mengaku bersalah atas tuduhan gagal mengemukakan pasport ketika meninggalkan dan memasuki negara ini, pada 18 Januari 2017.

    Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman turut memerintahkan tertuduh untuk menjalani enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu.

    Fakta kes menyebut, tertuduh memasuki Brunei dari Limbang melalui Pos Kawalan Kuala Lurah dan sebaik melewati kaunter kastam untuk pemeriksaan, tertuduh didapati bersembunyi di dalam but kereta oleh pegawai kastam.

    Siasatan mendapati tertuduh berjaya melepasi Kaunter Pelepasan Imigresen Pos Kawalan Kuala Lurah dan pergi ke Limbang tanpa mengemukakan pasportnya kepada pegawai imigresen bertugas.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Emily Goh.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda