Thursday, March 20, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akibat gagap, Hrithik Roshan pernah kurung diri sebab malu

    Bintang Bollywood terkenal Hrithik Roshan pernah mengunci dirinya di dalam bilik air ketika kecil.

    Bercerita pengalaman itu, bapa Hrithik iaitu Rakesh Roshan mendedahkan anaknya itu berbuat demikian disebabkan masalah pertuturan dialaminya iaitu gagap, menurut laporan mStar.

    Rakesh bercerita, Hrithik mengurung dirinya di dalam bilik air kerana berasa malu gagal menyebut beberapa perkataan dengan lancar.

    “Saya masih ingat ketika kami di Dubai, dia mahu menyebut ‘terima kasih Dubai tetapi tersekat pada huruf D.

    “Dia mengunci diri dalam bilik air hanya untuk belajar perkara itu,” katanya.

    Hrithik juga tidak pernah berhenti berlatih bagi mengatasi masalah dialami sehingga dia berjaya membaca dan bercakap dengan lancar.

    Tambah Rakesh antara usaha dilakukan oleh pelakon itu adalah membaca surat khabar setiap bagi.

    “Dia berlatih bersungguh-sungguh. Setiap pagi dia akan bangun dan membaca surat khabar berbahasa Inggeris, Hindi dan Urdu.

    “Dia seorang anak yang bijak, banyak perkara yang mahu dilakukan namun dia malu disebabkan gagap.

    “Sebagai bapa saya rasa amat sedih tapi sekarang dia tak gagap lagi,” ujarnya. – Agensi

    Bapa Hrithik melihat sendiri anaknya berusaha tangani masalah gagap. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda