NEW DELHI, 8 Nov – Dengan perasaan marah, seorang wanita nekad memaksa kapal terbang untuk membuat pendaratan cemas apabila wanita tersebut mendapati suaminya ada hubungan sulit.
Seorang wanita, warga Iran berlayar dari Doha ke Bali menggunakan penerbangan Qatar Airways bersama suami dan anaknya pada Ahad lalu, menurut laporan dari India Hindustan Times semalam.
Semasa suaminya tidur, wanita tersebut menggunakan jari suaminya untuk membuka kunci pada telefon bimbit dan mendapati suaminya mempunyai hubungan sulit.
Marah dengan penemuan itu, wanita tersebut mula memukul suaminya dan memaksa pekerja kapal terbang untuk ikut campur namun usaha meraka gagal.
Juruterbang terpaksa membuat pendaratan cemas di Chennai, selatan India apabila keadaan sudah tidak terkawal.
Wanita serta suaminya dan anaknya dibawa keluar dari kapal terbang dan meneruskan perjalanan ke Indonesia, menurut laporan unit keselamatan.
“Keluarga tersebut bermalam selama sehari di lapangan terbang Chennai dan dihantar ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Batik Air flight. Tiada tindakan polis diambil,” tambahnya lagi. – AFP