Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda $2,500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan memiliki rokok dan minuman keras tanpa permit.
Shahriman bin Samsudin, 33, mengaku bersalah kerana memiliki enam karton rokok dan sebotol minuman keras di dalam keretanya pada 20 Januari 2017.
Perbuatannya yang cuba membawa masuk barang seludup itu diketahui apabila kereta yang dipandunya ditahan untuk pemeriksaan di Pos Kawalan Kastam Kuala Lurah.