OMITAMA, 2 NOV – Akie Iwai dari Jepun mendahului pusingan pertama Kejohanan Toto Japan Classic dengan catatan 9 bawah par-63 kelmarin.
Tiga pemain Jepun lain iaitu Nasa Hataoka, Yuna Nishimura dan Mone Inami, hanya ketinggalan satu pukulan selepas menamatkan pusingan 64 di Kelab Taiheiyo, di utara tengah Jepun.
Sementara itu, juara bertahan Gemma Dryburgh dari Scotland, terlepas empat pukulan selepas menamatkan pusingan pertama dengan catatan 67. Rose Zhang dari Amerika juga terlepas empat pukulan dengan 68 dalam saingan yang amat sengit.
Kemenangan Dryburgh pada tahun sebelumnya adalah kemenangan pertamanya dalam LPGA.
Selain itu, beliau juga menerima hadiah istimewa iaitu sebuah tandas daripada penaja Jepun, Toto, yang terkenal dengan produk-produk peralatan dan perabot bilik air.
“Berharap mendapat satu lagi untuk ditambah ke dalam koleksi!,” katanya di Instagram semasa mempamerkan produk penaja pada Selasa.
Dryburgh berkata kemenangan tahun lalu telah mengubah kerjayanya.
“Saya tahu saya boleh bersaing di sini dan juga memenangi pertandingan,” katanya.
Bersaing di bawah tekanan itu, melihat pukulan yang boleh awda lakukan di bawah tekanan juga memberi awda banyak keyakinan”. – AP