Monday, March 31, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akim & The Majistret lancar lagu Gasoline malam raya

    JIKA ramai penyanyi berebut-rebut untuk melancarkan lagu raya baharu, berbeza pula ceritanya dengan kumpulan Akim & The Majistret.

    Tampil dengan lagu berjudul Gasoline, karya tersebut bakal dilancarkan pada 30 Mac ini iaitu dijangka sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Seperti mana tajuknya, vokalisnya iaitu Akim Ahmad menjelaskan lagu ini membawa makna tersendiri untuk memberi semangat kepada pendengar.

    “Setiap hari kita memerlukan tenaga dan semangat untuk menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan.

    “Itulah simbolik Gasoline yang menjadi pendorong dan inspirasi buat pendengar atau tidak mudah berputus asa dalam mengharungi perjalanan hidup mereka,” katanya.

    Gasoline merupakan hasil ciptaan anggota Akim & The Majistret dan bakal dijadikan judul album terbaharu mereka.

    Istimewa juga liriknya mendapat sentuhan bersama Bungan Cantik atau Stacy yang merupakan isteri Akim sendiri.

    Bercakap lanjut, Akim memberitahu kali ini mereka berani tampil berbeza berbanding karya-karya terdahulu.

    Malah proses rakaman dilakukan secara teliti dengan pembabitan semua ahli kumpulan termasuk rakaman gitar yang dilakukan di studio peribadi gitaris Akim & The Majistret.

    “Dari segi susunan muzik pula, setiap ahli kumpulan memainkan peranan masing-masing, menjadikan lagu ini satu karya yang mantap,” ujarnya.

    Istimewa sempena pelancaran lagu ini, Akim & The Majistret turut menganjurkan peraduan untuk peminat menghantar video lip sync lagu tersebut untuk menangi baucar petrol pulang ke kampung. – Agensi

    Akim & The Majistret beri hadiah istimewa buat peminat. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda