Wednesday, September 18, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akmal Rizal akur keputusan pengadil tiga sepakan penalti kepada JDT

    ISKANDAR PUTERI, 13 SEPT – Pengendali Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli akur dengan keputusan pengadil menghadiahkan tiga sepakan penalti kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim di sini malam tadi.

    Beliau berkata sepakan penalti yang diberikan pengadil Razlan Joffri Ali itu adalah tepat dan tidak boleh dipertikaikan selepas disemak menerusi sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

    “Saya rasa, saya tidak boleh pertikai (penalti) kerana Razlan ialah pengadil terbaik yang ada di Malaysia ketika ini.

    “Jadi, saya rasa beliau membuat keputusan tepat. Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan pemain-pemain,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini malam tadi.

    JDT menewaskan Penang FC 5-0 menerusi dua sepakan penalti dan tiga gol padang selepas satu sepakan penalti yang diberikan gagal disempurnakan oleh pasukan Harimau Selatan itu.

    Akmal Rizal bagaimanapun berkata pujian harus diberikan kepada pemain-pemain yang melakukan beberapa percubaan menarik dan hampir mengejutkan penjaga gawang juara bertahan itu pada babak pertama permainan.

    Ia termasuk rembatan jarak jauh penyerang baharu Dylan Christopher Charles Wenzel Halls pada minit ke-19 yang berjaya diselamatkan penjaga gol JDT Ahmad Syihan Hazmi Mohamed. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda