Saturday, February 8, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Akses pengguguran selamat mampu selamatkan nyawa’

    GENEVA, 4 MEI – Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata hari ini akses kepada pengguguran selamat mampu menyelamatkan nyawa, selepas draf keputusan bocor mendedahkan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) sedang menimbang menamatkan peraturan menggugurkan kandungan secara sah di seluruh negara.

    Tanpa menyebut kes AS, ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus mengingatkan bahawa ‘menyekat akses kepada pengguguran tidak akan mengurangkan jumlah prosedur.’

    “Malah ia mendorong wanita menggunakan kaedah yang tidak selamat,” kata beliau di Twitter.

    “Akses kepada pengguguran mampu selamat menyelamatkan nyawa.”

    Komen beliau keluar di tengah kegemparan di AS, dicetuskan kebocoran draf keputusan Mahkamah Agung, yang mencadangkan mahkamah dijangka mengubah hak untuk menggugurkan kandungan di seluruh negara. Jika draf keputusan disahkan oleh mahkamah, ia akan mengubah keputusan Roe melawan Wade pada 1973, yang menetapkan hak menggugurkan kandungan di seluruh negara.

    Bagi kebanyakan wanita, kehilangan hak menggugurkan kandungan di AS menimbulkan prospek mengunjungi ratusan batu untuk menjalani prosedur atau melahirkan anak dalam keadaan traumatik.

    “Wanita harus diberikan hak untuk memilih apabila membabitkan tubuh badan dan kesihatan mereka,” kata Tedros. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda