Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aksi Ariana Grande berkaki ayam tarik perhatian

    PENYANYI sensasi, Ariana Grande dilihat tergesa-gesa meninggalkan rumah kekasihnya di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

    Menerusi sekeping foto yang dirakam paparazi, Ariana keluar dari rumah dan segera menuju ke sebuah kenderaan.

    Namun kelibat Ariana mencuri tumpuan ramai kerana dia tidak memakai kasut atau selipar semasa foto itu dirakam.

    Menurut portal Dailymail, Ariana yang kelihatan pucat dan tidak bermaya hanya memegang sepasang kasut but dan komputer riba.

    Foto tersebut menunjukkan penyanyi berusia 24 tahun ini masih belum sihat setelah memilih untuk berehat daripada persembahan nyanyian beberapa hari lalu.

    Aksi Ariana tergesa-gesa keluar dari rumah kekasihnya tanpa berkasut menarik perhatian peminatnya.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda