Sunday, October 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aksi bersejarah Pickford datang dari botol air

    BERLIN, 8 JULAI – Jordan Pickford mungkin memiliki botol paling terkenal di England, selepas Three Lions menang menentang Switzerland dalam penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 pada suku akhir kejohanan Euro 2024.

    Selama beberapa dekad, penalti sentiasa menjadi punca kebimbangan bagi England.

    Masa ketakutan nampaknya sudah tamat selepas England telah memenangi tiga daripada empat penentuan sepakan penalti sejak Southgate mengambil alih tugas pada 2016.

    Pemain pertahanan Switzerland, Manuel Akanji mungkin tidak tahu bahawa dia telah diintip sebelum dia mengambil sepakan pertama pertama pasukannya, Pickford telah pun bersedia.

    Terlekat pada botolnya adalah senarai terperinci penentu penalti Switzerland yang menyatakan tempat mereka paling kerap meletakkan sepakan penalti. ‘Terjah ke kiri’ tertera di sebelah nama Akanji.

    Pickford tanpa ragu-ragu telah terjah ke kiri untuk menyelamatkan penalti itu.

    Senarai berikutnya mungkin tidak membantu dalam sepakan berikutnya, tetapi satu penyelamatan sudah memadai kerana kelima-lima pemain England berjaya melakukan jaringan penalti mereka.

    Media Jerman diingatkan kepada peristiwa semasa bekas penjaga gol pasukan kebangsaan, Jens Lehmann ketika Piala Dunia FIFA 2006. Lehmann meraba-raba mencari helaian kertas dari stoking bola sepaknya sebelum penentuan sepakan menentang Argentina dan berjaya menyelamatkan dua sepakan.

    Sungguh mengejutkan apabila persiapan Pickford, Cole Palmer, Jude Bellingham, Bukayo Saka, Ivan Toney dan Trent Alexander-Arnold semuanya menunjukkan keberanian yang kuat untuk menjaringkan penalti.

    Statistik menunjukkan penentuan menerusi penalti England tidak pernah mencapai kejayaan yang sama.

    “Kami semua mempunyai perasaan yang baik apabila mengambil sepakan penalti. Sekarang kami dalam perjalanan untuk memenuhi impian besar kami untuk kejuaraan Euro 2024,” kata penjaring gol England, Bukayo Saka. – Xinhua

    Jordan Pickford meraikan kemenangan pada penghujung penentuan sepakan penalti England dan Switzerland di Duesseldorf Arena, Jerman pada 6 Julai. –AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda