Aksi hebat Aubameyang julang Gunners ke final Piala FA

LONDON, 19 JULAI – Mikel Arteta memuji keserasian pasukannya Arsenal sebagai rahsia kemenangan mereka 2-0 ke atas Manchester City ketika Pierre-Emerick Aubameyang menjulang pasukannya ke final Piala FA untuk kali ke-21 buat Arsenal.

Pengurus Gunners, Arteta menewaskan pengurus City, Pep Guardiola dengan taktik serangan balas yang cukup menakjubkan dan Aubameyang mencetak gol pada kedua-dua babak perlawanan ketika Arsenal melaksanakan rancangan mereka dengan sempurna.

Arsenal akan menentang Chelsea atau Manchester United, yang akan bersaing di separuh akhir pada Ahad ini, sementara Gunners menanti mereka di final di Wembley pada 1 Ogos. Arteta menjadi ketua pasukan Arsenal semasa kemenangan Piala FA enam tahun yang lalu dan pada musim pertamanya di kelab utara London itu, pemain Sepanyol itu telah membawa mereka kembali ke final, kejohanan yang terakhir mereka menangi pada tahun 2017. “Kami mempunyai kesefahaman yang hebat, mereka benar-benar mempercayai apa yang kami cuba lakukan dan anda dapat merasakannya. Mereka layak mendapatkannya,” kata Arteta. – AFP

Aksi Pierre-Emerick Aubameyang ketika melakukan tendangan melepasi Benjamin Mendy semasa perlawanan bola sepak separuh akhir Piala FA antara Arsenal dan Manchester City di Wembley di London, semalam. – AP