LOS ANGELES, 7 Nov – Kyrie Irving menghasilkan 35 mata ketika Boston Celtic melakarkan kemenangan kesembilan mereka berturut-turut dengan kejayaan 110-107 ke atas Atlanta Hawks.
Irving memecahkan rekod 30 mata buat kali pertama sejak menyertai Celtic ketika Boston dipaksa untuk bekerja keras menyingkirkan Hawks 2-9.
Boston memerlukan ‘three-pointer’ dari Irving dengan perlawanan berbaki seminit 37saat untuk menewaskan Hawks, yang memastikan Celtic mendahului 104-103.
“Dia memastikan pemain-pemain bekerja keras,” kata jurulatih, Brad Stevens mengenai Irving. “Saya merasakan dia bukan hanya menghasilkan permainan, tetapi dia dapat membaca perlawanan.”
Stevens berkata dia mengesyaki Irving mungkin menghasilkan persembahan baik selepas 11 mata dalam perlawanan sebelumnya di Orlando pada Ahad.

“Apabila anda melatih orang ramai, saya selalu melihat terhadap kotak jaringan bagi perlawanan sebelum ini,” kata Stevens.
“Jika mereka bergelut tetapi mereka begitu bagus, ia adalah perkara yang menakutkan. Lelaki seperti itu tidak memiliki malam yang sunyi dua kali berturut-turut.”
Jayson Tatum juga mencelah dengan jaringan dua digit, menjaringkan 21 mata sambil mencatatkan lapan ‘rebound’. Al Horford menambah 15 mata sementara Jaylen Brown 11 mata.
Tetapi aksi luar biasa Irving adalah tumpuan utama di kalangan rakan sepasukannya selepas kemenangan.
“Ia adalah menarik untuk berada di luar sana bersamanya, melihatnya melakukan kesemua perkara-perkara yang luar biasa,” kata pemain rookie Celtic, Tatum. “Dia seorang pemain yang hebat.”
Irving sementara itu, gembira dengan cara Boston bertahan untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan. – AFP