Wednesday, July 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aksi keterlaluan Jennie Blackpink semasa konsert dikecam

    Tindakan TINDAKAN salah seorang ahli anggota Blackpink iaitu Jennie menayang baju dalamnya di hadapan ribuan penonton di acara konsert mencetuskan pelbagai reaksi hangat di media sosial.

    Ada yang menganggap tindakannya itu sebagai satu bentuk ekspresi diri yang berani.

    Namun tidak kurang juga kata-kata kecaman yang merasakan aksi sebegitu terlalu keterlaluan dan tidak sesuai dijadikan contoh.

    Apa lagi Jennie merupakan seorang yang berpengaruh besar terutama dalam kalangan anak muda.

    “Dia sengaja buat seperti itu sebab ingin kita semua menjadi ‘gila’ dengannya.

    “Disebabkan bakat tidak mencukupi untuk tarik perhatian ramai, memang dia sanggup buat apa sahaja.

    “Kalau muzik tidak laku, terpaksalah guna cara lain untuk tarik perhatian,” komen warganet.

    Aksi spontan Jennie atau Jennie Kim, 29, itu dibuat semasa dia menyanyikan lagu solonya yang bertajuk Like Jennie semasa konsert Deadline World Tour di SoFi Stadium, Los Angeles, Amerika Syarikat.

    Di sebalik kecaman itu, peminat turut mempertahankan Jennie dan menganggap ia adalah salah satu bentuk seni persembahan. – Agensi

    Aksi keterlaluan Jennie Blackpink semasa konsert dikecam. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda