Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aksi lanun kembali menggegarkan pawagam

    LOS ANGELES – Kejayaan Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales dalam mendominasi carta Box Office ternyata bukan sesuatu yang dapat dibanggakan.

    Filem kelima lakonan Johnny Depp sebagai Jack Sparrow itu menelan kos perbelanjaan sebanyak AS$230 juta namun hanya berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$62 juta setelah ditayangkan di 4,276 pawagam. Setentunya kutipan daripada pasaran global menjadi harapan kukuh daripada filem tersebut untuk kembali mendapatkan keuntungan.

    Dead Men Tell No Tales juga merupakan siri filem yang mendapat kutipan terendah dalam francais Pirates of the Carribean jika dibandingkan dengan siri terdahulu seperti At World’s End dengan kutipan setinggi AS$114.7 juta ketika ditayangkan pada tahun 2007 dan Dead Man’s Chest dengan kutipan setinggi AS$135.6 ketika ditayangkan pada tahun 2006.

    “Ia ibarat menjadi satu trend dan pasaran antarabangsa memang menjadi sasaran utama dalam kembali mendapatkan keuntungan,” jelas Ketua Pengedar Disney, Dave Hollis.

    Dead Men Tell No Tales ini mengisahkan mengenai Sparrow yang harus berjuang untuk menentang lanun-lanun hantu yang diketuai oleh Kapten Salazar lakonan Javier Bardem. Filem yang diarahkan oleh Joachim Ronning dan Espen Sandberg ini juga turut menampilkan kembali dua pelakon asal filem tersebut iaitu Orlando Bloom dan Keira Knightley yang sebelum ini tidak membuat kemunculan dalam siri keempat filem tersebut.

    Pirates of the Carribbean: Dead Men Tell No Tales merupakan siri kelima dalam francais filem Pirate.
    Pirates of the Carribbean: Dead Men Tell No Tales merupakan siri kelima dalam francais filem Pirate.
    Barisan adiwira kembali beraksi melindungi galaksi daripada ancaman kuasa jahat dalam Guardians of the Galaxy Vol.2.
    Barisan adiwira kembali beraksi melindungi galaksi daripada ancaman kuasa jahat dalam Guardians of the Galaxy Vol.2.
    Baywatch menggandingkan Dwayne Johnson dan Zac Efron sebagai pelakon utama.
    Baywatch menggandingkan Dwayne Johnson dan Zac Efron sebagai pelakon utama.

    Ternyata, jualan tiket bagi filem Pirates of the Carribean di pasaran antarabangsa adalah cukup memberangsangkan apabila ia dikatakan telah berjaya mengumpulkan kutipan setinggi AS$300 juta hanya dalam tempoh empat hari ia ditayangkan.

    “Ia merupakan francais paling prolifik di pasaran antarabangsa apabila berjaya mengumpulkan kutipan yang sangat memberangsangkan,” jelas Hollis.

    Sementara Guardians of the Galaxy Vol 2 pula masih tetap berjaya mendapat perhatian daripada penonton apabila berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$19.9 juta sekaligus menduduki tangga kedua dalam carta. Secara keseluruhan, filem yang menampilkan kehebatan aksi adiwira itu telah berjaya mengumpulkan kutipan setinggi AS$340 juta secara keseluruhan.

    Di pasaran antarabangsa pula, Guardians of the Galaxy Vol 2 telah berjaya mengumpulkan kutipan setinggi AS$783 juta di mana ia telah berjaya menewaskan kutipan yang berjaya dikumpulkan oleh siri pertama filem tersebut.

    Manakala, Baywatch keluaran Paramount yang baru ditayangkan pada minggu ini juga kurang menyerlah apabila hanya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$18.1 juta setelah ditayangkan di 3,647 pawagam sekali gus menduduki tangga ketiga dalam carta.

    Alien: Covenant merupakan siri keenam dalam francais filem Alien.
    Alien: Covenant merupakan siri keenam dalam francais filem Alien.
    Antara adegan romantik dalam filem Everything Everything.
    Antara adegan romantik dalam filem Everything Everything.

    Filem yang menelan kos perbelanjaan sebanyak AS$60 juta itu adalah antara beberapa buah filem keluaran Paramount yang gagal untuk mendapat perhatian daripada penonton pada tahun ini sebagaimana nasib yang turut dialami oleh Ghost in the Shell, Rings dan Monster Trucks.

    “Pada dasarnya, ulasan yang diberikan terhadap filem ini adalah cukup baik dan kami jelas mengharapkan agar file mini berjaya menarik perhatian di kalangan penonton di peringkat antarabangsa,” jelas Ketua Pengedar Paramount, Megan Colligan.

    Ia merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari siri drama popular pada tahun 1990an ini mengisahkan mengenai dua orang pasukan penyelamat pantai di Los Angeles lakonan Dwayne Johnson dan Zac Efron yang harus bekerjasama dalam mengawasi keamanan di samping turut berjaya mematahkan aktiviti jenayah yang berlegar di pantai tersebut.

    Filem yang diarahkan oleh Seth Gordon itu juga turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Priyanka Chopra, Alexandra Daddario, Jon Bass, Kelly Rohrbach dan Ilfenesh Hadera. Juara minggu lalu, Alien: Covenant pula jatuh tiga anak tangga sekaligus menduduki tangga keempat dalam carta setelah berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$13.1 juta.

    Everything Everything keluaran Warner Bros pula menduduki tangga kelima dalam carta setelah berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$6.2 juta.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda