Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aksi lewat Real Madrid dedah kelemahan City

    MANCHESTER, 12 FEB – Real Madrid sekali lagi menambah garam ke luka Manchester City yang dalam masalah menyebabkan mereka tersingkir awal dari persaingan Liga Juara-Juara.

    City mendahului di Etihad dengan dua gol pertama Haaland dalam lima perlawanan menentang Madrid namun ia tidak dapat mengatasi kelemahannya sendiri dalam musim ini.

    Banyak peluang Madrid telah terbazir selama 85 minit dan akan pulang kecewa tetapi penyudah terakhir Bellingham menyelamatkan keadaan.

    Brahim Diaz menjaringkan gol penyamaan menentang bekas kelabnya hanya beberapa saat selepas dimasukkan dari bangku simpanan sebelum Jude Bellingham menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan daripada kelemahan pertahanan City.

    Mengikut rekod, City kini telah melepaskan lapan gol dalam 15 minit terakhir dalam lima perlawanan terakhir Liga Juara-Juara mereka.

    Madrid hampir menjaringkan tiga gol dalam 15 minit pertama menerusi percubaan Vinicius Junior, Kylian Mbappe dan Ferland Mendy.

    Haaland meletakkan pendahuluan City melalui jaringan sepakan penalti 10 minit sebelum tamat.

    Namun, kelemahan pertahanan Guardiola dalam beberapa tahun kebelakangan ini terdedah.

    “Sebenarnya kami tidak cukup stabil. Ia berlaku berkali-kali,” akui Guardiola.

    “Akhirnya kami memberikan peluang kepada lawan sendiri dan pada kali ini ia sangat sukar. Ia bukan kali pertama.”

    Dia mengulangi bahawa dia ‘tidak cukup baik’ untuk mengubah nasib skuad City yang semakin tua dan telah merosot secara drastik sejak memenangi empat kejuaraan Liga Perdana.

    City telah membelanjakan lebih daripada £170 juta pada jendela perpindahan Januari dalam usaha terdesak untuk memulihkan nasib kelab.

    Tetapi tiada seorang pun daripada Nico Gonzalez, Omar Marmoush atau Abdukodir Khusanov yang diturunkan, manakala Vitor Reis tidak termasuk dalam skuad Eropah untuk peringkat kalah mati ini.

    Sebaliknya Guardiola meletakkan kepercayaannya kepada barisan skuad lama.

    Dan ia juga terjadi bukan kali pertama musim ini, City kehabisan tenaga pada hujung permainan apabila Madrid menyerang habis-habisan dan tamatkan impian City mara dalam Liga Juara-Juara buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun. – AFP

    Aksi Jude Bellingham menjaringkan gol kemenangan mengatasi Manchester City di Stadium Etihad, Manchester, awal pagi tadi. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda