Thursday, March 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aksi menentang Jordan jadi medan ukur

    KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Aksi pemanas badan menentang Jordan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jumaat ini menjadi medan terbaik bagi mengukur persediaan skuad Harimau Malaya sebelum menghadapi Indonesia pada aksi pembukaan kumpulan G pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal bulan hadapan.

    Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan, perlawanan persahabatan berkenaan menjadi medan terbaik untuk menguji mental dan taktikal skuad kebangsaan sebelum berdepan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September ini.

    “Kita tahu pasukan Jordan ini adalah satu pasukan baik, jadi kita hendak tengok sejauh mana mereka (pemain Harimau Malaya) mampu bersaing dengan Jordan. Saya ingat selepas aksi menentang Jordan, kita dapat menilai tahap (persediaan) pemain untuk menghadapi Indonesia,” katanya kepada Bernama, hari ini.

    Mengulas lanjut, Mohd Yusoff yang merupakan pengurus skuad bola sepak kebangsaan, menjelaskan kemenangan ke atas Indonesia di tempat lawan bakal menyuntik semangat pemain skuad Harimau Malaya untuk memburu keputusan sama apabila berdepan dengan Thailand dan Vietnam selepas ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda