Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aksi payung terjun terbakar Tom Cruise jadi rekod dunia

    Pelakon bertaraf bintang dalam filem Mission: Impossible – The Final Reckoning, Tom Cruise mencatat namanya dalam Rekod Dunia Guinness apabila dia menyempurnakan enam lompatan keluar dari helikopter dengan payung terjunnya terbakar.

    Aksi tersebut dilakukan semasa menjalani penggambaran filem berkenaan.

    Organisasi penyimpan rekod tersebut berkata, Cruise yang memainkan watak Ethan Hunt dalam siri filem berkenaan memperoleh gelaran untuk lompatan payung terjun yang sedang terbakar oleh seorang individu baru-baru ini.

    Dalam setiap 16 lompatannya, Cruise diikat pada payung terjun yang telah direndam dalam bahan api sebelum dinyalakan, menurut laporan UPI.

    Setelah itu ,dia terpaksa melepaskan dirinya daripada payung terjun yang terbakar dan menggunakan beg tambahan sebagai ganti.

    Atas & Bawah: Antara aksi Tom Cruise semasa melakukan terjunan berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR DARI X GUINNESS WORLD RECORDS

    “Tom bukan sahaja berlakon sebagai wira yang perlu beraksi, dia sememangnya seorang wira yang beraksi,” kata Craig Glenday, ketua pengarang Guinness World Records, dalam satu kenyataan berita.

    “Sebahagian besar kejayaannya melakukan aksi tersebut boleh dikaitkan dengan tumpuan yang tinggi pada keaslian dan menolak sempadan apa yang boleh dilakukan oleh seorang pelakon terkemuka. Ia adalah satu penghormatan apabila dapat mengiktiraf keberanian beliau dengan gelaran Rekod Dunia Guinness yang baharu ini,” kata Glenday. – Agensi

    Tom Cruise catat rekod dalam Rekod Dunia Guinness semasa penggambaran filem deengan aksi terjun dengan payung terjun yang sedang terbakar. – UPI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda