Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akta Aksem kekang penyeludupan, kukuh sempadan

    BUKIT KAYU HITAM, 29 Dis – Penguatkuasaan Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) 2017 yang bermula hari ini mampu membantu agensi itu menutup ruang untuk penyeludup dan penjenayah rentas sempadan melakukan aktiviti mereka sekali gus mengukuhkan kawalan sempadan negara.

    Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar berkata, ia melalui peluasan kuasa AKSEM bagi melaksanakan kawalan di kawasan sempadan darat negara yang sering menjadi lokasi bagi penjenayah menjalankan aktiviti tidak sihat terutamanya penyeludupan.

    “Selama ini, pintu keluar masuk ini yang turut mempunyai kawasan bebas cukai memberi banyak ruang untuk penjenayah dan penyeludup mengaut keuntungan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Semalam, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan penguatkuasaan akta tersebut yang bermula hari ini, berdasarkan subseksyen 1 (2) Akta AKSEM 2017 yang membolehkan AKSEM melaksanakan operasi sehingga ke sempadan darat negara termasuk Sabah dan Sarawak.

    Anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) yang ditempatkan di pintu masuk dan keluar sempadan memeriksa kenderaan yang melalui kawasan pemeriksaan di Bukit Kayu Hitam hari ini. ?Berkuatkuasa hari ini Akta AKSEM 2017 digubal bagi memperkemaskan tindakan kawalan dan penguatkuasaan di sempadan darat.?-Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda