LONDON, 3 OGOS – Aktivis dari Greenpeace kelmarin memanjat rumah kawasan pilihan raya Perdana Menteri UK, Rishi Sunak dan menutupnya dengan kain hitam untuk membantah dasar bahan api fosilnya.
Sunak minggu ini memberi persetujuan kepada ratusan lesen minyak dan gas baharu di Laut Utara, menimbulkan kemarahan kepada pencinta alam sekitar.
“Kami sangat memerlukan perdana menteri kami untuk menjadi pemimpin iklim, bukan memarakkan iklim,” kata pengempen iklim Greenpeace UK, Philip Evans.
“Sama seperti kebakaran hutan dan banjir yang memusnahkan rumah dan kehidupan di seluruh dunia, Sunak komited untuk pengembangan besar-besaran penggerudian minyak dan gas.”
Greenpeace UK menyiarkan video empat aktivis memanjat bumbung rumah agam Sunak di Richmond, utara England, dan menutupnya dengan kain hitam.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P13-C-AP_04082023.jpg)
Dua lagi aktivis membentangkan sepanduk bertulis ‘Rishi Sunak Keuntungan Minyak atau Masa Depan Kita?’ di halaman depan.
Perdana menteri dan keluarganya kini sedang bercuti di California.
“Beliau nampaknya agak gembira untuk membakar obor ke planet ini jika dia boleh mendapat beberapa mata politik dengan menyemai perpecahan kepercayan iklim di negara ini. Ini adalah pandangan sinis yang tidak boleh dibayangkan,” kata Evans.
Downing Street menegaskan dasar itu penting untuk memastikan keselamatan tenaga. – AFP