SYDNEY, 22 SEPT – Ratusan aktivis berhimpun di Australia hari ini untuk mengecam impak kerosakan kolonial British ke atas orang-orang Puak Asli, ketika negara itu menjalani cuti awam untuk menandakan kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Pembantah berkumpul di bandar-bandar termasuk Sydney, Melbourne dan Canberra, bagi membantah penindasan orang Puak Asli sejak British mendarat di Australia lebih dua abad lalu.
Di Sydney, puluhan orang berkumpul dekat patung Queen Victoria di pusat bandar sebelum berarak ke jalan-jalan. – AFP
