Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktivis dipenjara tiga bulan

    HONG KONG, 17 Jan – Sebuah mahkamah di Hong Kong, sebuah wilayah autonomi China menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan hari ini terhadap seorang aktivis demokrasi Joshua Wong kerana menghina, menjadikannya hukuman penjara buat kali kedua sejak penglibatannya dalam ‘Umbrella Movement’ semasa bantahan 2014.

    Wong, 21, dan seorang lagi defendan dibawa segera ke Mahkamah Tinggi Hong Kong, manakala 14 yang lain termasuk bekas pemimpin pelajar yang terkenal, Lester Shum, menghadapi hukuman tertangguh.

    “Teruskan semua!” seruan Wong ketika para pegawai mengiringnya beredar.

    Semasa perbicaraan, dia berkata tidak menyesal dan bersumpah untuk terus berjuang bagi demokrasi.

    Dari kanan, aktivis pro-demokrasi Joshua Wong, Raphael Wong dan Lester Shum tiba di Mahkamah Tinggi di Hong Kong hari ini. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas Joshua selama tiga bulan, menjadikannya hukuman penjara buat kali kedua. – AP

    “Mereka boleh mengunci badan kita, tetapi tidak dapat mengunci akal fikiran kita,” katanya kepada wartawan.

    Ia merupakan tindakan undang-undang terbaru terhadap Wong, yang banyak kali terlibat dalam beberapa kes mahkamah selepas bantahan yang menyebabkan seorang dipenjarakan yang mana dia mengemukakan rayuan untuknya.

    Kes hari ini, Wong telah mengaku bersalah kerana gagal mematuhi perintah mahkamah untuk membersihkan sebuah kem bantahan yang menghalang jalan utama semasa bantahan selama 79 hari yang bertujuan untuk menentang rancangan Beijing untuk menyekat pilihan raya pemimpin tertinggi semi autonomi bandar China tahun lepas. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda