Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Aktivis iklim dipenjara, berkomplot anjur protes di lebuh raya

    LONDON, 19 JULAI – Lima orang aktivis Just Stop Oil (JSO), termasuk pengasas kumpulan iklim itu, dijatuhkan hukuman penjara antara empat dan lima tahun di United Kingdom (UK) kelmarin kerana berkomplot merancang protes yang menyekat lebuh raya.

    Roger Hallam, pengasas bersama JSO dan Extinction Rebellion, telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dianggap sebagai hukuman yang paling lama dijatuhkan di UK kerana protes tanpa kekerasan.

    Aktivis lain, Daniel Shaw, 38, Louise Lancaster, 58, Lucia Whittaker De Abreu, 35, dan Cressida Gethin, 22, masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat tahun.

    Aktivis-aktivis berkenaan didapati bersalah bersubahat dengan sengaja untuk menyebabkan gangguan awam minggu lalu selepas pertemuan menerusi panggilan Zoom dan bersetuju untuk mencetuskan gangguan kepada lalu lintas dengan menaiki gantri di lebuh raya M25.

    Protes-protes itu berlangsung selama empat hari pada November 2022 dengan berpuluh-puluh orang memanjat gantri di atas lebuh raya yang mengelilingi Greater London dan merupakan antara yang paling sibuk di negara itu.

    Ketika menjatuhkan hukuman di Mahkamah Southwark Crown di selatan London, Hakim Christopher Hehir berkata, “Fakta yang jelas adalah setiap daripada kamu telah melampaui batas daripada ahli kempen yang prihatin kepada fanatik.

    “Kamu telah melantik diri kamu sebagai satu-satunya penimbang tara tentang apa yang perlu dilakukan mengenai perubahan iklim.”

    Kumpulan iklim itu, yang ingin semua penggunaan minyak dan gas dihapuskan, berkata hukuman itu adalah ‘penyelewengan keadilan’ yang diibaratkan ‘tidak lebih daripada menghadiri panggilan Zoom’. – AFP

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Mahkamah umum tarikh sebutan semula kes mekanik bunuh kanak-kanak

    KUCHING, 21 NOV - Mahkamah Majistret hari ini menetapkan...

    Kes pecah rumah: Mahkamah kurangkan hukuman penjara

    Oleh Daniel Lim -  BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV -...

    Dua warga Mexico, tiga pelancong Eropah maut dalam ribut salji

    SANTIAGO, 19 NOV – Lima pelancong asing iaitu dua...

    Britain gesa bantuan kemanusiaan Gaza ditingkatkan segera

    LONDON, 19 NOV - Pejabat Luar Britain menggesa tindakan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...